fb fb fb fb fb

Enam sukan terima dana tambahan, mantapkan bakat baharu

Pembangunan bakat baharu perlu diberi tumpuan sebagai persiapan ke Olimpik Los Angeles /FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 21 November - Enam lagi sukan yang dipertandingkan pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles akan mendapat dana tambahan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Dana bertujuan untuk membangunkan bakat baharu sebagai persediaan ke temasya berprestij dunia itu.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, sukan yang terlibat ialah terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga.

"Sukan ini kita telah pilih untuk pembangunan bakat kerana kita fikir sukan ini adalah sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik dan penting untuk Malaysia mempunyai pelbagai usaha dan ia perlukan intervensi sekarang," kata Hannah.

Jumlah dana itu akan diputuskan kelak mengikut keperluan setiap sukan yang terlibat.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis perasmian Kejohanan KBS Masters 2024 di Majlis Sukan Negara, di sini.

Sebelum ini, beliau turut mengumumkan pemberian tambahan dana RM1 juta kepada sukan angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak.

Trainee