fb fb fb fb fb

Enam sekolah berentap di Kejohanan Futsal Circuit Inter School Putrajaya 2025

Kejohanan dianjurkan dengan menggunakan saiz padang standard FIFA

PUTRAJAYA, 19 Julai – Kejohanan Futsal Circuit Inter School Putrajaya 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari, Kompleks Futsal Presint 18, di sini mencatat kelainan tersendiri apabila buat julung kalinya pertandingan dianjurkan dengan menggunakan format saiz padang FIFA Quad.

1907 SKN FUTSAL REMAJA PUTRAJAYA 1Kejohanan disertai pelajar berusia 16 tahun ke bawah dari sekolah sekitar Putrajaya

Penganjur kejohanan, Muhd Hakim Ilham berkata, penggunaan saiz padang standard antarabangsa itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar bawah 16 tahun mengenai suasana sebenar perlawanan futsal bertaraf profesional.

Menurutnya, sambutan diterima amat menggalakkan dengan enam pasukan dari sekolah sekitar Putrajaya mengambil bahagian dalam kejohanan edisi sulung ini.

1907 SKN FUTSAL REMAJA PUTRAJAYA 5Penganjur kejohanan, Muhd Hakim Ilham

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5(1), Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8(1), SMK Putrajaya Presint 9(2), SMK Putrajaya Presint 16(1), Sekolah Sukan Malaysia Putrajaya dan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

“Kita nak kecilkan jurang dengan negara-negara lain seperti Indonesia dan Thailand yang sudah lama mulakan pembangunan futsal dari peringkat sekolah. Jadi, kita mula dari sini di Putrajaya, dengan harapan ia dapat dikembangkan ke seluruh negara,” katanya.

1907 SKN FUTSAL REMAJA PUTRAJAYA 3Kejohanan berlangsung pada 19 & 20 Julai di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari, Putrajaya

Beliau berkata, inisiatif ini bukan sahaja melahirkan lebih ramai bakat muda futsal negara, malah menjadi platform memperkasa pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK