fb fb fb fb fb

Empat negara Amerika Selatan intai jadi tuan rumah Piala Dunia 2030

FOTO AFP

LUQUE, 8 Februari- Empat negara Amerika Selatan intai peluang untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030.

Argentina, Chile, Uruguay dan Paraguay melancarkan bidaan tersebut, 100 tahun selepas temasya berkenaan pertama kali diadakan di Montevideo, Uruguay.

Presiden Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL), Alejandro Dominguez berkata, pihaknya yakin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa-FIFA akan menyebelahi mereka.

"Selagi kami mainkan peranan masing-masing, FIFA ada tanggungjawab bagi memperingati ulang tahun ke-100 Piala Dunia yang pertama.

Piala Dunia pertama diadakan di Uruguay dan mereka menganjurkannya dengan baik dan memenanginya. Jadi, kini terletak di tangan FIFA, bagaimana untuk meraikan ulang tahun tersebut," kata Dominguez kepada AFP.

Dominguez berkata demikian pada majlis pelancaran bidaan itu di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) di Ezeiza, selatan Buenos Aires pada Selasa.

Cabaran utama Amerika Selatan ialah bidaan bersama dari Sepanyol, Portugal dan Ukraine yang mendapat sokongan badan induk Eropah UEFA.

Arab Saudi pula sedang mempertimbangkan untuk membida menjadi tuan rumah bersama Mesir dan Greece.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu