FRANKFURT, 17 Julai - Hugo Ekitike dari Eintracht Frankfurt terus dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris, dengan juara bertahan Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Perancis itu, menurut laporan media.
Newcastle United juga dikhabarkan berminat terhadap pemain berusia 23 tahun itu.
Ekitike, yang menyertai Frankfurt dari Paris St Germain tahun lalu, menjaringkan 22 gol dalam 48 penampilan untuk kelab Jerman itu dalam semua pertandingan musim lalu.
Liverpool aktif dalam jendela perpindahan dengan menandatangani pemain pertahanan kiri Milos Kerkez dari Bournemouth serta pemain pertahanan kanan Belanda Jeremie Frimpong dan pemain antarabangsa Jerman Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen.
Wirtz telah ditandatangani dengan yuran sebanyak £100 juta dan tambahan maksimum £16 juta dalam bentuk bonus berpotensi.-REUTERS