KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Pemain handicap 10, Dzulkhairi Ahmad mengungguli Kejohanan Golf Leisuremania siri ke 2/2024 di Kelab Golf Parahyangan, Bandung selepas melakukan 1 birdie untuk mengumpul 37 mata, menewaskan 81 pemain yang lain.
Dzulkhairi ahmad yang juga merupakan ahli Kelab Golf Melayu Malaysia mencatat 81 pukulan keseluruhan di atas lapangan yang sempurna, tetapi keadaan angin yang kuat menyulitkan pemaion-pemain lain untuk melakukan catatan yang leboh baik.
Selaku juara, Dzulkhairi berpeluang kembali semula ke Bandung selepas memenangi pakej golf ke Indonesia tajaan LGS Services.
Tempat kedua menjadi milik pemain yang mewakili Kleab Golf Bentong, Draman Akasah yang turut mengumpul 37 mata , namun terpaksa berpuas hati selepas tewas menerusi perbandingan handicap, manakala Abdul Halem yang memiliki handicap 15 pula di tangga ketiga juga dengan 37 mata.
Kejohanan Golf Leisuremania 2024 kali ini berlangsung di tiga lapangan antara yang terbaik di Indonesia iaitu di Sedayu GC , Jatinangor GC dan Parahyangan GC. Seramai 82 peserta dari seleuruh negara termasuk Sabah, Pulau Pinang dan Terengganu menyertai kejohanan golf pelancongan ini.
Penganjur kejohanan, LGS Services menyifatkan penyertaan yang sangat menggalakkan dari pemain-pemain golf tempatan sedikit sebanyak membantu syarikat Malaysia itu untuk kembali bangkit selepas musim suram pada waktu pandemik.
"Selepas berlalu pandemik Covid-19 tiga tahun lalu, LGS kembali merangkak pulih dan kini alhamdulillah, LGS mula mendapat kepercayaan sebagai sebuah agensi pelancongan golf yang diyakini," ujar Steven Leow , Ketua Pegawai Eksekutif LGS Services.
Dalam setahun, LGS berjaya menganjurkan kira-kira enam kali kejohanan golf membabitkan hampir 10,000 peserta terdiri dari Malaysia dan Singapura, di mana secara purata setiap kejohanan disertai antara 60 hingga 80 peserta. LGS juga telah dicalonkan dalam kategori Agensi Pelancongan Golf Terbaik Indonesia oleh Anugerah Golf Dunia.