fb fb fb fb fb

Dua jaringan Benzema bantu Al-Ittihad julang Piala Saudi

Foto REUTERS

RIYADH, 31 Mei – Karim Benzema menjaringkan dua gol untuk membantu Al-Ittihad menewaskan Al-Qadsiah 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Saudi pada Jumaat, sekali gus melengkapkan kejuaraan berganda domestik mereka.

Pasukan bimbingan Laurent Blanc itu menjuarai piala berprestij tersebut buat kali ke-10.

Pada perlawanan tersebut, Benzema membuka jaringan untuk juara Liga Pro Saudi itu, pada minit ke-34 selepas menyudahkan hantaran Steven Bergwijn. Houssem Aouar kemudiannya menggandakan kedudukan buat Al-Ittihad pada minit ke-43 selepas menyambar bola muntah hasil tandukan Benzema yang diselamatkan Koen Casteels.

Namun, Al-Qadsiah merapatkan jurang menerusi sepakan penalti Pierre-Emerick Aubameyang pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Benzema hampir menambah jaringan, namun percubaannya terkena palang, sebelum kembali mencatat nama sebagai penjaring pada masa kecederaan dengan gol ketiga hasil hantaran lintang rendah daripada Diaby.

Al-Qadsiah beraksi dengan 10 pemain selepas Ezequiel Fernandez dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-81, hanya seminit selepas penjaga gol Al-Ittihad, Predrag Rajkovic, menyelamatkan percubaan berbahaya Aubameyang.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD