fb fb fb fb fb

Dua gol Murray selamatkan DPMM FC di laman sendiri

FOTO FB DPMM FC

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 November - Dua jaringan penyerang import, Jordan Murray, memastikan DPMM FC berputih mata selepas bangkit mengikat Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Barakas, malam tadi.

Walaupun beraksi di laman sendiri, DPMM FC berdepan tentangan sengit apabila babak pertama berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan gagal menemui penyudah tepat meskipun mencipta beberapa peluang menarik.

Memasuki babak kedua, pelawat terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Joseph Esso pada minit ke-54. Namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Murray menyamakan kedudukan lapan minit kemudian melalui gerakan terancang di dalam kotak penalti.

Kebangkitan DPMM bagaimanapun disekat apabila Jovan Motika meledak gol kedua NSFC hanya tiga minit selepas itu untuk meletakkan pasukannya kembali mendahului.

Namun, semangat juang tinggi tuan rumah tidak luntur dan Murray sekali lagi tampil sebagai penyelamat apabila menyempurnakan peluang pada minit ke-81 untuk memastikan skuad bimbingan Jamie McAllister berkongsi satu mata berharga di hadapan penyokong sendiri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE