fb fb fb fb fb

Donnarumma sah milik Man City

Foto AFP

LONDON, 2 Sept- Manchester City mengesahkan menandatangani penjaga gol Gianluigi Donnarumma dari Paris Saint-Germain (PSG) dengan bayaran yang dilaporkan sekitar 35 juta euro ($41 juta).

Pemain Itali berusia 26 tahun itu menandatangani perjanjian lima tahun, menggantikan Ederson yang meneruskan kariernya di Fenerbahce selepas lapan tahun bersama City.

Donnarumma dalam reaksinya menyifatkan The Citizen sebagai kelab yang diidamkan oleh setiap pemain bola sepak dunia.

“Menyertai Manchester City adalah saat yang istimewa dan membanggakan bagi saya.

"Saya menyertai skuad yang penuh dengan bakat bertaraf dunia dan pasukan yang diketuai oleh salah seorang pengurus terhebat dalam sejarah bola sepak, Pep Guardiola," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bola sepak City, Hugo Viana menganggap kedatangan Donnarumma sebagai satu dorongan besar kepada pasukan.

"Karakter, kualiti dan rekod Gianluigi telah terbukti dan kami semua sangat teruja apabila dia menyertai kami di Etihad.

"Beliau telah mengumpul banyak pengalaman peringkat atasan dan mengetahui perkara yang diperlukan untuk mencapai kejayaan selanjutnya," katanya. -AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello