(Novak Djokovic/FOTO REUTERS)
PARIS, 3 Jun - Juara dua kali, Novak Djokovic menerima tentangan sengit daripada Alejandro Davidovich dari Sepanyol sebelum layak ke pusingan keempat dalam saingan Tenis Grand Slam Terbuka Perancis.
Djokovic yang dalam misi memburu gelaran Grand Slam ke-23 diasak sejak set pertama yang menyaksikan perlawanan berlarutan ke tie break sebelum menang 7-6.
Set kedua juga menyaksikan pemain pilihan ke-29, Davidovich mempamerkan aksi garang bagi menyekat penguasaan Djokovic.
Bagaimanapun ia belum cukup untuk mengubah keputusan apabila tewas 6-7.
(Novak Djokovic dari Serbia beraksi semasa perlawanan pusingan ketiga menentang pemain Sepanyol Alejandro Davidovich Fokina/ FOTO REUTERS)
Lain pula ceritanya di set ketiga, apabila Davidovich dilihat sudah kehabisan idea untuk mengekang lawannya.
Situasi itu dimanfaatkan Djokovic untuk tenang mendominasi perlawanan sekaligus menang 6-2.
Pemain nombor 3 dunia itu akan bertemu Juan Pablo Varillas dari Peru di pusingan keempat.