MADRID, 24 April - Pemain tenis Serbia, Novak Djokovic dinobat sebagai Atlet Sukan Terbaik Tahunan pada majlis Anugerah Laureus di Madrid, Sepanyol.
Manakala, pemain bola sepak wanita Sepanyol yang memenangi Piala Dunia Wanita, Aitana Bonmati memenangi dua anugerah masing-masing kategori individu dan berpasukan.
Djokovic, 36 tahun yang juga pemegang rekod juara Grand Slam 24 kali, kini menyamai pencapaian bekas musuhnya Roger Federer yang lima kali memenangi anugerah itu.
Sementara itu, Bonmati muncul pemain bola sepak wanita pertama yang memenangi anugerah Atlet Sukan Wanita Terbaik.
Beliau turut meraih anugerah Pasukan Terbaik Tahunan bersama pasukan Sepanyol.