LONDON, 10 Julai-Novak Djokovic memberi amaran kepada pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner bahawa dia bersedia untuk pergi jauh dalam perlawanan separuh akhir Wimbledon pada Jumaat.
Djokovic menewaskan pilihan ke-22 dari Itali, Flavio Cobolli 6-7 (6/8), 6-2, 7-5, 6-4 pada suku akhir pada Rabu untuk mencapai rekod mara ke separuh kalii ke-14.
Pemain berusia 38 tahun itu memburu memenangi kejuaraan Grand Slam ke-25 sekali gus mencatat rekod mahkota Wimbledon lelaki kali kelapan.
Djokovic akan berdepan Sinner buat kali ke-10, dengan pemain Itali itu berkelebihan dengan kemenangan 5-4.
Sinner menang straight set pada separuh akhir Terbuka Perancis baru-baru ini, walaupun Djokovic menang dalam dua pertemuan mereka di atas rumput di Wimbledon pada 2022 dan 2023.
"Jadi saya mendapat satu lagi peluang. Bagi saya, inilah yang paling penting sebenarnya. Berada di peringkat terakhir Grand Slam dan bermain menentang pemain terbaik dunia sekarang.
"Dia dan Alcaraz adalah bintang tenis pada hari ini. Saya tidak boleh meminta cabaran yang lebih besar, pastinya. Saya menantikannya."kata Djokovic.
Djokovic tidak pernah memenangi Grand Slam sejak Terbuka AS pada 2023.
Tetapi dia telah muncul dalam setiap perlawanan akhir Wimbledon sejak 2018 dan rumput All England Club menawarkan peluang terbaik kepadanya untuk memenangi gelaran ke-25.AFP