KUALA LUMPUR, 6 Januari - Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya mahu fokus dalam mencapai tahap prestasi terbaik.
Perkara itu disuarakannya biarpun dikhabarkan bekas jurulatihnya Indra Wijaya mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan melanggar kontrak.
Pemain nombor empat dunia itu juga mengakui bingung apabila mengetahui mengenai perkara tersebut setelah kedua-duanya berpisah secara baik November tahun lepas.
Jelas Zii Jia, perkara itu mengganggu tumpuannya dan diserahkan kepada peguam pasukan terbabit untuk tindakan susulan.
"Bagi saya apa yang tahu berpisah dengan baik apa yang boleh cakap apa yang buat mungkin ada salah dan ada yang betul. Saya tak nak komen terlalu banyak nanti lagi banyak kesalahan.
"Betul benda ini mengganggu. Saya juga manusia ada perasan dan saya cuba yang terbaik untuk selesaikan tapi namun tak habis lagi saya tahu ini cabaran yang Tuhan bagi dan perlu hadapi," ketika ditemui selepas sesi latihan pusat di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAMTC) 2023 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini, sebentar tadi.
Terdahulu, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Indra mengambil tindakan undang-undang selepas kontraknya ditamatkan pasukan Zii Jia pada November tahun lalu.
Sementara itu, kem latihan pusat sebagai persiapan skuad negara menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari 14 hingga 19 Feb ini.
Malaysia selaku pilihan keempat kejohanan diundi dalam Kumpulan B bersama-sama India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah.