LEVERKUSEN, 21 Oktober - Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) kembali diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain bintang, Ousmane Dembele dan Marquinhos menjelang aksi Liga Juara Eropah menentang Bayer Leverkusen, awal pagi esok.
Kedua-dua pemain itu kini kembali beraksi di Stadium BayArena selepas mereka pulih daripada kecederaan.
Sekali gus memberikan kelegaan buat pengendali PSG, Luis Enrique yang sebelum ini bergelut kecedaraan pemain.
Dembele yang juga pemenang Ballon d'Or tidak dapat beraksi gara-gara kecederaan hamstring ketika beraksi bersama Perancis awal bulan lalu.
Pemain berusia 28 tahun itu kini disahkan pulih selepas menerima rawatan di Qatar dan kembali menjalani latihan pada minggu lalu.
Kecederaan itu membuatkan Dembele tidak dapat diturunkan ketika PSG terikat 3-3 dengan Strasbourg.
"Adalah satu perkara yang baik apabila pemain dapat kembali bersama pasukan.
"Ini terutama dia adalah pemain utama yang mampu memberikan impak kepada pasukan.
"Saya boleh katakan Dembele adalah seorang ketua walaupun dia tidak banyak bercakap," kata pemain tengah PSG, Warren Zaire-Emery kepada pemberita. -AFP