fb fb fb fb fb

Darwin Nunez sah milik Liverpool

LIVERPOOL, 15 Jun- Bekas penyerang Benfica, Darwin Nunez sah milik skuad Liverpool dengan yuran perpindahan mencecah rekod kelab iaitu €1 juta euro (RM461.98 juta).

Finalis Liga Juara-Juara itu membayar 75 juta euro (RM346.48 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu manakala tambahan 25 juta (RM115.49 juta) lagi berdasarkan persembahan selain beberapa bayaran diminta Benfica.

Perpindahan Nunez melebihi £75 juta (RM399.09 juta) dibayar Liverpool untuk Virgil Van Dijk pada Januari 2018 yang menjadikan dia pemain kelima paling mahal dalam sejarah Liga Perdana.

Pemain berdarah Uruguay itu meledak 34 gol dalam 41 penampilan musim lalu termasuk dua ketika berdepan Liverpool pada suku akhir Liga Juara-Juara.

"Saya sangat gembira untuk berada di sini di Liverpool. Ia kelab yang amat besar," kata Nunez kepada laman sesawang Liverpool.

"Ketika saya tiba di pusat latihan, saya amat terkejut melihat perancangan dan struktur serta semua trofi yang ada di sini.

"Anda boleh bayangkan diri anda menang lebih banyak trofi dan kemudian apabila anda kembali ke sini dan melihat trofi dipamerkan, anda boleh berkata, 'Lihat itu, saya sebahagian daripadanya, saya berada di sana ketika itu, menang trofi'.

"Kerana itulah saya datang ke sini, ke Liverpool untuk menang trofi dan gelaran."

Kehadiran pemain itu menambah usaha Jurgen Klopp meningkatkan kualiti serangan skuad The Reds di bahagian serangan. - AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu