fb fb fb fb fb

Costa Rica lengkapkan slot terakhir Piala Dunia 2022

DOHA, 15 Jun- Pasukan negara Costa Rica melengkapkan slot terakhir Piala Dunia 2022 selepas berjaya menewaskan New Zealand menerusi 'play off' awal pagi tadi.

Pasukan Amerika Tengah itu menang tipis 1-0 ke atas pasukan kendalian Danny Hay menerusi jaringan awal penyerangnya, Joel Campbell pada minit ke-3.

Masuk babak kedua permainan, nyata New Zealand gagal memecah kebuntuan pasukan dan seterusnya dihukum layangan kad merah kepada penyerangnya, Kosta Barbarouses susulan terjahan keras keatas Francisco Calvo.

Costa Rica berjaya menyekat kemaraan New Zealand meski dominasi permainan menyebelahi skuad All Whites hingga minit akhir permainan.

Costa Rica diundi dalam Kumpulan E berentap bersama pasukan Jerman, Sepanyol dan Jepun bagi kejohanan yang akan bermula di Qatar November ini.

Kemenangan meletakkan Costa Rica ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut selain enam secara keseluruhan.

Pencapaian terbaik mereka setakat ini ialah kejutan ke suku akhir pada 2014.

Jiran New Zealand, Australia mengambil tempat ke-31 dalam kelayakan di stadium yang sama semalam apabila mengatasi Peru 5-4 menerusi penalti.

Piala Dunia pertama di negara Arab itu akan berlangsung di Qatar pada 21 November dengan aksi final dijadualkan pada 18 Disember.- AFP


(Penyerang Costa Rica, Joel Campbell menjadi penjaring sulung menewaskan New Zealand dalam perlawanan awal pagi tadi/AFP)

Media Baharu