SYDNEY, 2 Januari- Dan Evans menewaskan Albert Ramos-Vinolas dari Sepanyol untuk membantu pasukan Britain menjamin tiket ke pentas final Kejohanan Piala United.
Pada aksi perseorangan lelaki itu, Evans terpaksa bekerja keras sebelum dapat menjinakkan Ramos-Vinolas dalam pertarungan tiga set.
Selepas menang 6-3 di set pertama, pemain ranking ke-27 dunia itu tewas 1-6 di set kedua.
Namun, dia berjaya bangkit di set ketiga untuk menang 6-3, sekali gus memberi kelebihan 3-1 Britain ke atas Sepanyol.
Sebelum itu, Sepanyol yang ketinggalan 0-2 pada aksi kelmarin, merapatkan kedudukan 1-2 menerusi kemenangan Paula Badosa ke atas Harriet Dart juga dalam pertarungan sengit 3 set.
Badosa memberi harapan buat Sepanyol dengan kemenangan 6-7, 7-6 dan 6-1 sebelum Evans kembali meletakkan Britain di depan dengan 3-1.-REUTERS
(FOTO AFP)