fb fb fb fb fb

Cristiano Ronaldo sertai latihan Portugal hadapi Jerman di separuh akhir Nations League

FOTO IG Cristiano Ronaldo

LISBON, 3 Jun- Cristiano Ronaldo kembali menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Portugal pada Isnin sebagai persiapan menjelang pertembungan separuh akhir UEFA Nations League menentang Jerman pada 4 Jun ini.

Turut hadir dalam kem latihan tetapi menjalani sesi berasingan ialah pemain-pemain Paris Saint-Germain; Vitinha, Joao Neves, Nuno Mendes dan Goncalo Ramos selepas membantu kelab Perancis itu membelasah Inter Milan 5–0 dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah pada Sabtu lalu.

Pertahanan utama Portugal, Ruben Dias, menyatakan keyakinan bahawa skuad semasa mampu menyaingi kekuatan Jerman, meskipun lawan bakal beraksi di laman sendiri, Stadium Allianz Arena, Munich.

“Kami bermain di tempat lawan manakala mereka pula di gelanggang sendiri, itu satu kelebihan buat mereka,” ujar Dias.

“Tetapi pada masa sama, ini adalah pertemuan dua pasukan terbaik Eropah. Kami sedar akan kekuatan individu dan kolektif Jerman, dan kami tahu kami perlu berada pada tahap terbaik, seperti yang telah kami buktikan bersama pasukan ini,” tambahnya.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Sepanyol akan bertemu Perancis pada 5 Jun di MHPArena, Stuttgart.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE