fb fb fb fb fb

Carlo Ancelotti mulakan latihan pertama bersama Brazil

Sesi latihan pertama Ancelloti bersama Brazil di pusat latihan Joaquim Grava / REUTERS

SAO PAULO, 3 Jun- Ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Brazil, Carlo Ancelotti mengendalikan sesi latihan pertamanya pada Isnin menjelang aksi pembukaannya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Ecuador.

Bekas pengendali Real Madrid itu memulakan tugas di pusat latihan Joaquim Grava milik kelab Corinthians di Sao Paulo, bersama 18 daripada 25 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat.

Ancelotti dijangka membuat penampilan sulungnya selaku jurulatih Brazil dalam saingan kelayakan zon Amerika Selatan pada Khamis di Stadium Banco Pichincha, Guayaquil.

Brazil ketika ini berada di kedudukan keempat carta kelayakan dengan 21 mata, manakala Ecuador di tangga kedua dengan 23 mata.

Enam pasukan teratas akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung di Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE