fb fb fb fb fb

Cristiano Ronaldo lanjut kontrak bersama Al Nassr hingga 2027

Foto Arkib

RIYADH, 26 Jun - Cristiano Ronaldo sah menyambung kontraknya selama dua tahun lagi bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di platform X, kelab itu mengesahkan keputuan bintang Portugal itu sekali gus menamatkan spekulasi panjang mengenai masa depannya dalam musim baharu nanti.

Pengumuman kontrak baharu Ronaldo ini hadir hanya beberapa bulan selepas bintang Brazil, Neymar, menamatkan tempoh singkatnya bersama Al Hilal pada Januari lalu akibat masalah kecederaan berterusan.

Ronaldo tiba di Arab Saudi pada tahun 2023, membuka jalan kepada kemasukan ramai pemain bintang ke negara yang kaya minyak itu.

Meskipun Ronaldo dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Pro musim ini dengan 25 gol, beliau masih gagal membantu Al Nassr menjulang sebarang trofi domestik atau benua, termasuk kekalahan di separuh akhir Liga Juara-Juara Asia bulan lalu. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN