fb fb fb fb fb

Copa Amerika: Messi nikmati perjuangan terakhir

Ketua pasukan Argentina, Lionel Messi bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan menewaskan Kanada pada Piala Copa Amerika/Foto REUTERS

EAST RUTHERFORD, 10 Julai-Bintang dunia dan ketua pasukan Argentina, Lionel messi mendedahkan dia menikmati 'pertarungan terahirnya' bersama pasukan berkenaan selepas berjaya menjaringkan gol pada pertemuan separuh akhir Copa Amerika menentang Kanada yang berkesudahan 2-0.

Kemenangan itu sekali gus membawa Argentina ke final Copa Amerika.

Messi dilihat menemui semula sentuhan bersama-sama Angel Di Maria dan Julian Alvarez selepas persembahan kurang menyakinkan ketika bertemu Ecuador di suku akhir.

"Saya menikmati perlawanan menentang Kanada seolah-olah seperti perlawanan akhir Copa Amerika dan Piala Dunia.

"Saya menikmati setiap perlawanan ke tahap maksimum kerana ini merupakan pertarungan terakhir", katanya kepada TyC Sports.

Messi yang kini bermain bersama Inter Miami di Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) tidak memberi sebarang kenyataan sama ada akan terus bermain mewakili Argentina pada Piala Dunia 2026 yang akan menjadikan New Jersey sebagai gelanggang bagi perlawanan akhir.

Dalam pada itu, Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni meminta semua pihak agar bertenang ketika diajukan komen berkaitan pertarungan terakhir.

"Kita harus membiarkan Messi bersendirian. Dia mengetahui bahawa Argentina tidak pernah menutup pintu terhadapnya.

"Dia (Messi) masih boleh bersama pasukan kebangsaan selagi dia mahu meskipun dia telah bersara. biarkan dia membuat keputusan apa yang dimahukannya", kata Scaloni.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD