fb fb fb fb fb

COBRA VENOM juara sulung Liga Ragbi KRS-MSNS 2025 Division Wanita

Foto RTM

PETALING JAYA, 22 Jun - Pasukan Cobra Venom muncul juara edisi pertama Kejohanan Ragbi KRS-MSNS 2025 Division Wanita selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia kemenangan berganda anak buah jurulatih Mohammad Faiz Samsukhidir selepas memenangi kejuaraan liga sebelum ini.

Meski mengakui pasukannya tidak beraksi pada tahap terbaik, Faiz tetap berpuas hati kerana berjaya mencapai matlamat utama muncul juara edisi sulung kejohanan tersebut.

“Ini final. Kami main sebaik mungkin dan Alhamdulillah, hasil kerja keras sepanjang musim membuahkan hasil,” jelasnya.

Cobra Venom berjaya mengutip 26 mata hasil try dan conversion yang berjaya disempurnakan, manakala ATM pula menutup aksi semalam dengan 12 mata.

Perlawanan sengit yang disajikan kedua-dua pasukan dengan semangat juang tinggi mencerminkan masa depan cerah sukan ragbi wanita di Malaysia.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN