fb fb fb fb fb

Cklamovski puji disiplin pemain, fokus terus diperketat

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski

KUALA LUMPUR, 11 Jun - Komitmen setiap pemain menjadi faktor penentu kejayaan skuad Harimau Malaya menewaskan Vietnam 4-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski menyatakan bahawa kemenangan semalam turut menunjukkan hasil positif daripada sesi latihan intensif yang dilalui oleh para pemain dalam tempoh singkat, menerusi persembahan yang sangat membanggakan.

1106 SKN CKLAMOVSKI PUJI MALAYSIA VIETNAM 2Peter Cklamovski bangga dengan pencapaian Harimau Malaya

“Kami tidak berjaya berada di hadapan pada separuh masa pertama, namun yang penting kami kekal fokus. Pada separuh masa kedua, kami bermain dengan disiplin dan bekerja keras sebagai satu pasukan," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

"Kami memang ada impian untuk menang (menentang Vietnam) namun setiap pemain perlu ada komitmen dan bukan sekadar bermimpi tetapi benar-benar membuktikannya melalui tindakan serta latihan setiap hari untuk memberikan prestasi yang terbaik," katanya lagi.

Namun begitu, beliau mengingatkan pasukannya agar tidak terlalu leka dengan kejayaan semalam dan terus mengekalkan fokus terhadap saingan Piala Asia kerana masih terdapat ruang untuk melakukan penambahbaikan menjelang perlawanan akan datang.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE