fb fb fb fb fb

Chelsea ikat Garnacho

Pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho kini sah menjadi milik Chelsea / Foto REUTERS

LONDON, 31 Ogos - Chelsea telah menandatangani pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho, dari Manchester United dengan kontrak selama tujuh tahun, umum kelab Liga Perdana itu pada Sabtu.

United dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian bernilai 40 juta pound (AS$54 juta) dengan juara Piala Dunia Kelab itu menurut sumber terdekat United kepada Reuters

Penjualan pemain berusia 21 tahun itu merupakan yang keempat tertinggi dalam sejarah United selepas Cristiano Ronaldo, Romelu Lukaku dan Angel di Maria.

Garnacho, yang menjaringkan 11 gol dan mencipta 10 bantuan gol untuk United musim lalu, telah membuat 144 penampilan dalam semua pertandingan bersama kelab itu, dengan 26 gol direkodkan sepanjang tempoh tersebut.

Pemain antarabangsa Argentina itu merupakan antara lima pemain yang mahu meninggalkan kelab berkenaan pada musim panas ini, bersama Marcus Rashford, Antony, Tyrell Malacia dan Jadon Sancho.

Rashford telah menyertai Barcelona secara pinjaman bulan lalu. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD