fb fb fb fb fb

Chelsea ambil penyerang remaja dari Brazil, Estevao Willian

Estevao Willian

LONDON, 23 Jun- Chelsea mengumumkan pada Sabtu bahawa mereka telah bersetuju untuk menandatangani penyerang remaja Estevao Willian dari Palmeiras dengan bayaran permulaan yang dilaporkan sebanyak £29 juta (AS$37 juta).

Estevao, yang pernah beraksi untuk Brazil di peringkat remaja, akan menyertai rakan senegaranya Andrey Santos, Deivid Washington dan Angelo Gabriel di Stamford Bridge menjelang musim 2025/26.

"Kelab Bola Sepak Chelsea telah bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani penyerang remaja Estevao Willian dari Palmeiras, dengan pemain Brazil itu akan secara rasmi menyertai Chelsea pada musim panas depan," menurut kenyataan kelan di laman web The Blues.

"Pemain berusia 17 tahun itu telah membina reputasi yang kukuh di Amerika Selatan sebagai salah satu bakat paling menarik di sekelilingnya kerana kemahiran menggelecek dan pergerakannya yang laju, menyebabkan pertahanan menghadapi banyak masalah pada musim penembusannya ke kancah bola sepak senior."-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE