KUALA LUMPUR, 19 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyampaikan dana sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia (CHARM) untuk menyertai Kejohanan Sorak Dunia 2024 di Orlando, Amerika Syarikat (AS) dari 24 hingga 29 April.
KBS menerusi kenyataan memaklumkan insentif yang diluluskan melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWSAN) itu disampaikan Menterinya, Hannah Yeoh di Sekolah Sri Kuala Lumpur.
CHARM turut menerima RM30,000 daripada peruntukan menteri sebagai sokongan untuk aktiviti persatuan itu.
Pasukan itu terdiri daripada 20 atlet berumur antara 12 hingga 15 tahun, dua jurulatih dan seorang pengurus pasukan.
Kejohanan Sorak Dunia bakal disertai 10,000 atlet dari 80 negara.