fb fb fb fb fb

Jaguh badminton, Kento Momota umum persaraan peringkat antarabangsa

Jaguh perseorangan badminton Jepun, Kento Momota umum persaraan antarabangsa/Foto BWF

TOKYO, 19 April- Jaguh badminton Jepun, Kento Momota mengumumkan persaraannya daripada aksi antarabangsa.

Juara dunia dua kali itu akui, prestasinya tidak lagi sama sejak kemalangan kereta yang serius empat tahun lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu pernah menjadi raja badminton apabila memenangi 11 kejuaraan pada 2019 dan hanya tewas enam daripada 73 perlawanan pada tahun itu.

Momota akan membuat penampilan terakhir di pentas antarabangsa bersama pasukan kebangsaan Jepun pada saingan Piala Thomas di China hujung bulan ini.

Selepas itu dia hanya akan bermain dalam pertandingan domestik di Jepun.

Pada Januari 2020 kenderaan yang membawanya ke KLIA terlibat dalam kemalangan beberapa jam selepas dia memenangi kejohanan Malaysia Masters.

Pemandu yang membawanya terbunuh dan Momota memerlukan pembedahan untuk memulihkan kecederaan matanya selepas kemalangan itu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD