fb fb fb fb fb

Casper Ruud mudah tundukkan Nakashima - Tenis Terbuka Barcelona

BARCELONA, 20 April- Pilihan kedua kejohanan tenis Terbuka Barcelona, Casper Ruud mara ke pusingan ketiga selepas mudah menewaskan Brandon Nakashima dari Amerika Syarikat dengan straight set.

Pada aksi pusingan kedua itu, Ruud hanya memerlukan kurang 90 minit untuk menundukkan Nakashima.

Set pertama menyaksikan dominasi Ruud apabila mudah mencatat kemenangan 6-3 diikuti penguasaannya di set kedua untuk menang 6-2 dalam misi memburu gelaran keduanya musim ini.

Pemain kelahiran Norway itu akan bertemu pemenang pertemuan antara wakil Kazakhstan, Alexander Bublik atau Emil Ruusuvuori dari Finland.


(Pemain tenis Amerika Syarikat, Brandon Nakashima/AFP)

Sementara itu dalam satu lagi pertemuan, pemain tuan rumah dari pusingan kelayakan, Carlos Taberner layak ke pusingan kedua selepas menyingkirkan Sebastian Korda dari Amerika Syarikat 6-3, 6-0.

 

 

Media Baharu