fb fb fb fb fb

Canelo dan Crawford kembali bersemuka

Foto AFP

LAS VEGAS, 28 Jun - Saul Canelo Alvarez dan Terence Crawford dipertemukan sekali lagi menjelang kejuaraan kelas Super Middleweight September ini .

Sepanjang karier, Crawford, 37, memiliki rekod tanpa kalah iaitu 41 kemenangan daripada 41 pertarungan dengan 31 kalah mati.

"Seperti yang saya katakan, selepas pertarungan ini, apabila saya mengalahkan Alvarez, saya akan ke Gunung Rushmore," kata Crawford.

Bagaimapun petinju Amerika Syarikat (AS) itu kini berdepan cabaran besar apabila berat badanya semakin meningkat menjelang pertarungan yang ditetapkan pada 13 September di Las Vegas.

Sementara itu, legenda tinju Mexico, Alvarez, 35, pula mempunyai rekod 63 kemenangan, 2 kekalahan dan 2 seri. Dia ketika ini dalam persiapan dan latihan untuk bertemu jaguh tinju AS tersebut.

"Sebenarnya saya sangat gembira. Saya berterima kasih kepada anda semua (peminat) kerana sepanjang kerjaya saya anda sentiasa menyokong saya. Saya juga berasa sangat gembira kerana dapat mewakili Mexico. Terima kasih semua atas sokongan anda," ujar Alvarez.

Pertarungan kedua-dua petinju itu akan menjadi yang pertama dipromosikan oleh pengerusi pihak berkuasa hiburan am Arab Saudi, Turki Alalshikh dan Ketua Pegawai Eksekutif UFC, Dana White. -REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI