(Penyerang Cameroon Vincent Aboubakar menanduk bola semasa perlawanan bola sepak Piala Dunia
Kumpulan G Qatar 2022 antara Cameroon dan Brazil/FOTO IHSAN FIFA)
LUSAIL, 3 Disember- Cameroon menewaskan Brazil 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan F Piala Dunia, namun keputusan itu tidak cukup menyelamatkan wakil Afrika itu daripada tersingkir.
Cameroon menamatkan saingan di tempat ketiga dengan empat mata, dua mata di belakang Switzerland yang berjaya menewaskan Serbia 3-2.
Sementara Brazil muncul juara kumpulan berdasarkan perbezaan jaringan dan akan bertemu Korea Selatan pada aksi 16 terbaik.
Fred, Antony dan Bruno Guimaraes mempunyai peluang membuka jaringan dengan Gabriel Martinelli muncul pemain paling menyerlah buat juara dunia lima kali itu.
Namun, Cameroon akhirnya memecah kebuntuan pada minit ketiga masa tambahan menerusi tandukan Vincent Aboubakar yang kemudiannya dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua kerana membuka jersi bagi meraikan gol kemenangan itu.
(Pemain Camroon, Vincent Aboubakar dilayangkan kad kuning kedua/ FOTO IHSAN FIFA)
Pada aksi itu, Jurulatih Brazil Tite menurunkan barisan kedua pasukannya dalam perlawanan terakhir Kumpulan G berkenaan untuk memastikan barisan pemain utamanya mengekalkan momentum kecergasan untuk perlawanan 16 terakhir jika mereka menduduki tangga teratas.
Dengan situasi mereka yang sudah menempah tiket untuk pusingan seterusnya selepas dua kemenangan, Tite melakukan sembilan pertukaran dalam pasukan yang menang 1-0 menentang Switzerland, mengekalkan hanya pemain pertahanan Eder Militao dan pemain tengah Fred dalam kesebelasan utama.-REUTERS