fb fb fb fb fb

Cali22: Rezeki 200 meter Azeem, hanya setakat separuh akhir

CALI, 4 Ogos- Walau tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara 200 meter, pelari pecut muda negara Muhammad Azeem Fahmi tetap boleh berpuas hati dengan pencapaiannya apabila melakukan catatan peribadi terbaik dalam acara itu pada aksi di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia

Pada aksi saringan kedua separuh akhir yang berlangsung pagi tadi, atlet berusia 18 tahun itu sekadar menduduki tempat keempat dengan mencatat 20.97 saat (s) sekali gus tidak berjaya untuk meneruskan kemaraan ke pentas final.

Saringan tersebut diungguli atlet Botswana, Letsile Tebogo yang mencatat 20.23s manakala Anthony Smith dari Turki, kedua dengan catatan 20.83s, menyaksikan kedua-duanya mara ke peringkat akhir.

Terdahulu, Azeem berjaya memperbaharui catatan masa peribadi terbaiknya dalam acara itu ketika memenangi perlumbaan saringan tiga pusingan kelayakan dengan atatan 20.83s untuk melangkah ke peringkat separuh akhir, tengah malam tadi.


(Keputusan saringan kedua separuh akhir acara 200 meter dari laman web worldathletics.org)

Media Baharu