fb fb fb fb fb

BWF 2022: Vivian Hoo-Lim Chiew Sin tamatkan saingan di pusingan ke-3

FOTO BAM

TOKYO, 25 Ogos- Gandingan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sin menamatkan saingan di pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF 2022, sebentar tadi.

Ia susulan beregu negara kalah kepada gandingan dari Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan, 13-21 dan 16-21.

Vivian Hoo-Lim Chiew Sin gagal menyekat dominasi permainan beregu pilihan ketiga kejohanan itu selepas ketinggalan jauh tujuh mata,8-15 dan akur tewas di set pertama.

Masuk set kedua, beregu Korea itu terus menghukum pemain negara dengan serangan agresif sekali gus menyukarkan Vivian Hoo-Lim Chiew Sin untuk merapatkan jurang mata.

Vivian Hoo-Lim Chiew Sin sebelum ini menundukkan beregu Jerman, Linda Efler-Isabel Lohau 21-17 dan 21-15 di pusingan pertama kemudian mendapat 'walkover' di pusingan kedua.

Skuad negara kini berbaki lima pasangan beregu selain pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia yang akan turun pada aksi hari ini untuk mara ke pusingan suku akhir.


(Jepun dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Badminton Dunia BWF 2022)

Media Baharu