fb fb fb fb fb

Skuad catur buru lebih banyak gelaran

KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Skuad catur negara meletakkan misi untuk meraih lebih banyak kejayaan dalam kejohanan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Sandaran utama kini digalas pemain nombor satu negara, Yeoh Li Tian untuk memburu gelaran Grand Master pertama Malaysia setelah memperoleh gelaran International Master (IM) pada tahun 2017.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan,Datuk Seri Ti Lian Ker berkata galakan dan sokongan turut diberi bagi membantu permata baharu negara, Poh Yu Tian yang berjaya merangkul gelaran Fide Master (FM) di Kejohanan Catur Berpasukan Dunia - 44th Chess Olympiad yang berlangsung di Chennai, India baru-baru ini.

"Kementerian akan meningkatkan lagi usaha bagi membantu kedua-dua jaguh catur negara kita ini dan juga bakal jaguh-jaguh catur negara yang lain dalam usaha untuk melonjakkan sukan catur sebagai satu lagi sukan pilihan popular rakyat Malaysia," katanya.


(Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker)

Beliau ditemui pada Majlis Ramah Mesra dan Penghargaan kepada Poh Yu Tian dan Yeoh Li Tian di ibu negara.

Yu Tian, sebelum ini berjaya menumbangkan Grandmaster Lubomir Ftacnik dari Slovakia yang melayakkannya menyandang gelaran Fide Master, manakala Li Tian kini dalam usaha memburu gelaran Grand Master pertama buat Malaysia

Media Baharu