fb fb fb fb fb

Bundesliga: Jaringan tunggal Brandt bawa Dortmund ke puncak liga

(FOTO AFP)

MUNICH, 21 Oktober- Jaringan tunggal Julian Brandt pada separuh masa kedua sudah cukup bagi membolehkan Borussia Dortmund mendahului kedudukan liga Jerman apabila menang ke atas Werder Bremen 1-0.

Pada perlawanan yang berlangsung di Signal Iduna Park pada Jumaat, Borussia Dortmund dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan dengan deretan peluang yang terhidang.

Namun, corak berdisiplin dan bertahan yang ditunjukkan oleh Weder Bremen mengecewakan jentera serangan Borussia Dortmund.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 0-0.

Bersambung babak kedua, Borussia Dortmund menggandakan asakan dan hampir-hampir menjaringkan gol pembukaan menerusi Marco Reus, namun sepakannya tersasar di sebelah kanan pintu gol Weder Bremen.

Gol yang dicari-cari Borussia Dortmund akhirnya muncul pada minit ke-67 hasil jaringan Julian Brandt yang berpunca daripada hantara Emre Can dalam kotak penalti dan disudahkan Brandt menerusi sungkitan melepasi penjaga gol Weder Bremen, Michael Zetterer.

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan Borussia Dortmund meraih tiga mata penuh.

Borussia Dortmund kini menghuni tangga pertama liga dengan 20 mata selepas lapan perlawanan satu mata mengatasi Bayern Leverkusen ditangga kedua liga.-REUTERS

rtm
(FOTO AFP)

Media Baharu