fb fb fb fb fb

Sering capai kejayaan antarabangsa, atlet pekak mohon diberi perhatian

(Fahmi Fadzil merasmikan Karnival Sukan Wanita Pekak Kebangsaan 2023)

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Arena sukan 'Deaflympics' atau sukan bagi golongan OKU pekak berupaya melahirkan atlet yang berpotensi dan berbakat besar.

Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil berkata atlet wanita pekak, Boon Wei Ying dan Foo Zu Tung membuktikan pencapaian cemerlang golongan itu setelah merangkul pingat emas dalam acara beregu wanita pekak pada temasya Deaflympics di Brazil tahun lalu.

Malah, atlet-altlet pekak negara sering kali mengharumkan nama Malaysia di sukan orang pekak peringkat antarabangsa seperti Deaflympics, Asia Pasifik Deaf Games dan Sea Deaf Games.

"Kita kena tingkatkan pemahaman dalam kalangan masyarakat tentang sukan bagi golongan OKU pekak sebab kita selalu anggap dia sama dengan paralimpik tapi ianya sedikit berbeza dalam masa yang sama khusus untuk sukan wanita pekak.

"Saya rasa promosi perlu kita tingkatkan mungkin saya akan jemput team dari MSDeaf ke Selamat Pagi Malaysia untuk bagi ruang supaya lebih ramai yang dapat faham dan mengikuti acara-acara yang melibatkan komuniti OKU pekak terutama acara sukan.

"Saya juga akan minta mereka panjangkan surat ke Menteri Belia dan Sukan untuk lihat insentif yang boleh diberikan terutama kepada pemenang pemenang pingat, ini bukan dalam bidang kuasa saya tapi saya akan cuba untuk sampaikan,"katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Ong Shin Rueen berharap kerajaan tidak mengetepikan sukan pekak ini kerana sukan ini berbeza dengan sukan paralimpik sedia ada.

Fahmi Fadzil yang ditemui media di Karnival Sukan Wanita Pekak Kebangsaan 2023 juga berkata akan mengusulkan sukan pekak ini kepada Kementerian Belia dan Sukan.

rtm
(Fahmi Fadzil ditemui media pada Karnival Sukan Wanita Pekak Kebangsaan 2023)

Media Baharu