ISKANDAR PUTERI, 4 November - Kelab Johor Darul Takzim, JDT tekad meneruskan rentak positif menjelang aksi ke-4 peringkat kumpulan saingan Liga Juara – Juara Asia Elite (ACLE) di Iskandar Puteri, malam esok.
Keseimbangan rentak serangan dan pertahanan, menjadi strategi tuan rumah berdepan kelab China, Shanghai Shenhua.
Ketua Jurulatih JDT, Xisco Munoz berkata, corak agresif dan taktikal tersusun yang dipamerkan Shanghai Shenhua, tetap memberi cabaran kepada JDT, meskipun pernah menewaskan pasukan itu, TIGA KOSONG pada musim lalu.
"Esok kami akan beraksi di laman sendiri, jadi saya pasti kami akan beraksi baik, kami perlu kekalkan momentum kami kerana sekarang memang kami berada di momentum baik, kami perlu menunjukkan karakter, personality, dan gaya tersendiri, sangat penting untuk bermain secara menyeluruh." katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Shanghai Shenhua, Leonid Slutsky, tetap yakin dengan keampuhan benteng pertahanan pasukan musim ini dan melupakan rekod kekalahan 0-3 kepada JDT musim lalu.
Beliau bagaimanapun mengakui tuan rumah mempunyai kelemahan yang boleh dimanfaatkan pasukannya.
"Untuk JDT, ia sedikit susah, kerana Kejuaraan Tempatan, satu tahap, dan ACLE, satu tahap yang lain, tetapi sudah tentu, Johor akan memulakan serangan, menggunakan pelbagai kombinasi, semasa menyerang, dan saya rasa, kami ada peluang semasa serangan balas, dan juga peluang untuk menyerang,,, bagi saya JDT bermain dengan baik semasa menyerang, tetapi ada isu dari aspek pertahanan." katanya.
Selepas 3 aksi, JDT dan Shanghai Shenhua masing-masing berkongsi 4 mata, di kedudukan enam serta tujuh dalam kumpulan zon timur.