fb fb fb fb fb

Brazil akan terus menari - Vinicius Jr

(Pemain Brazil meraikan kejayaan menjaringkan gol dengan menari pada perlawanan Piala Dunia
2022 menentang Korea Selatan, Selasa lalu/ AFP) 

DOHA, 8 Disember - 'Kami tidak akan berhenti menari', demikian jelas pemain Brazil, Vinicius Jr yang mempertahankan tindakan mereka meraikan kejayaan setiap kali menjaringkan gol yang dianggap sesetengah pihak sebagai tidak menghormati pasukan lawan.

Menurut pemain Real Madrid itu, perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan kerana ia adalah sebahagian dari budaya negara itu.

"Orang akan selalu tidak puas hati apabila melihat orang lain gembira, rakyat Brazil selalu gembira jadi ini akan memberi kesan kepada mereka, kami akan meneruskan tradisi ini kerana yang menyukai kami lebih ramai daripada yang membenci," kata beliau dalam sidang akhbar, di sini semalam.

Brazil mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Korea Selatan 4-1 pada Selasa.


(Pemain Brazil, Vinicius Jr bercakap pada sidang media di Stadium Al Arabi SC, Doha, Qatar/AFP)

Namun bukan kemenangan itu sahaja yang mencuri tumpuan, sebaliknya cara mereka meraikan jaringan turut menjadi perbualan hangat.

Jurulatihnya, Tite turut menerima kritikan kerana turut serta menari bersama pemain.

Bagaimana pun menurut Vinicius, ia nyata tidak memberi kesan buat mereka yang hanya mahu menikmati kegembiraan.

Brazil akan berdepan naib juara Piala Dunia 2018, Croatia dalam perlawanan suku akhir pada Jumaat. -REUTERS

Media Baharu