fb fb fb fb fb

Bonucci sertai Fenerbahce

Ketua Pasukan Itali, Leonardo Bonucci /FOTO REUTERS

ISTANBUL, 12 Januari - Ketua Pasukan Itali, Leonardo Bonucci telah menyertai pendahulu Liga Super Turki, Fenerbahce sehingga penghujung musim 2023-24, kata kelab berkenaan pada Khamis selepas pemain pertahanan tersebut mengakhiri kontrak dengan pasukan Bundesliga, Union Berlin.

Sebelum ini, Bonucci menghabiskan masa selama 12 tahun bermain di Juventus mengambil keputusan menyertai Union Berlin pada September selepas dilaporkan berbalah dengan pengurus Juventus, Massimiliano Allegri menyebabkan Bonucci berpindah keluar dari pasukan Serie A.

"Union menerusi persetujuan bersama dengan Bonucci untuk membatalkan kontrak", kata kelab Jerman itu.

Sepanjang bermain di Union, Bonucci membuat 10 penampilan buat kelab tersebut. Dia turut menjaringkan tiga gol.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD