KUALA LUMPUR, 26 Julai -Pengendali KL City FC, Bojan Hodak membuat kejutan apabila melepaskan jawatan sebagai Ketua Jurulatih kelab itu.
Perkara itu diumumkan KL CITY FC menerusi hantaran di laman Facebook mereka.
Sepanjang membimbing KL City FC, pelbagai pencapaian diraih termasuk beraksi di tiga pentas final berbeza dan merangkul satu kejuaraan.
Hodak yang dilantik mengendalikan The City Boys pada Januari 2021, berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila membawa pasukannya menjuarai Piala Malaysia.
Pengendali Croatia berusia 52 tahun itu turut membimbing KL City mara ke final Piala AFC 2022 dan Piala FA 2023 baru-baru ini.
Dalam saingan Liga Super, KL City menamatkan kempen 2021 dan 2022 masing-masing di tempat keenam.
Sementara itu, pasukan Liga Indonesia, Persib Bandung mengumumkan telah menandatangani Hodak untuk musim ini.
(Pengendali Kl City FC, Bojan Hodak/FOTO FB bolasepakkitamy)