fb fb fb fb fb

Boca Juniors terus buntu, sekadar seri 1-1 dengan Union

Foto REUTERS

BUENOS AIRES, 19 Julai - Boca Juniors terus buntu mencari kemenangan apabila sekadar mencatatkan seri 1-1 dengan Union dalam saingan Clausura Argentina di La Bombonera pada Jumaat.

Union bermula garang seawal perminan apabila beberapa kali menguji ketangkasan penjaga gol Boca, Agustin Marchesin pada separuh masa pertama menerusi Lautaro Vargas dan Valentin Fascendini.

Boca yang bergelut mencari rentak permainan dikejutkan Union menerusi jaringan pada minit ke-64 menerusi Cristian Tarragona, hasil hantaran lintang sempurna Franco Fragapane.

Namun, kehadiran pemain gantian Leandro Paredes berjaya menghidupkan semula permainan Boca Juniors.

Bekas pemain AS Roma itu melakukan hantaran sudut yang disempurnakan Lautaro Di Lollo untuk gol penyamaan lima minit sebelum tamat perlawanan.

Keputusan seri itu menyaksikan skuad kendalian Miguel Angel Russo masih gagal meraih kemenangan pertama dalam kempen Clausura musim ini.

Boca dijadual berdepan Atletico Tucuman pada Rabu depan. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD