FLORIDA, 18 Jun - Pasukan Boca Juniors kembali ke padang latihan di pangkalan pasukan mereka di Miami Shores, di sini hari ini dalam persediaan menjelang perlawanan Kumpulan C Piala Dunia Kelab menentang Bayern Munich pada 21 Jun ini.
Kelab dari Argentina itu, kini berusaha untuk mara ke pusingan kalah mati selepas keputusan seri 2-2 menentang Benfica sebelum ini.
Sementara itu, Bayern Munich pula dijangka tiada untuk mara selepas membelasah Auckland City 10-0 dalam perlawanan pembukaan mereka.
Boca Juniors akan berdepan Bayern Munich dalam aksi Kumpulan C - Reuters
Keadaan itu sekali gus menjadikan persaingan untuk merebut tempat kedua di belakang juara Jerman berkenaan mungkin ditentukan oleh perbezaan jaringan.
Walaupun Boca bermain dengan kompetitif dan menunjukkan mereka layak berada di pentas sama dengan Benfica, jurulatih Miguel Angel Russo percaya masih terdapat jurang antara pasukan dari Amerika Selatan dan Eropah.
Sekiranya pasukan itu tersingkir sebelum pusingan kalah mati, ia akan menjadi tamparan hebat kepada Piala Dunia Kelab, memandangkan ribuan penyokong setia Boca Juniors membawa suasana pesta ke kejohanan tersebut.