fb fb fb fb fb

Blatter, Platini bebas tuduhan penipuan

(Bekas presiden FIFA Sepp Blatter melihat dikerumuni media selepas keputusan
perbicaraannya berhubung pembayaran 
yang disyaki penipuan, di Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland,
di bandar Bellinzona, selatan Switzerland/AFP)


BELLINZONA, 8 Julai- Bekas Presiden FIFA Sepp Blatter dan legenda bola sepak Perancis Michel Platini kedua-duanya dibebaskan daripada tuduhan penipuan oleh mahkamah Switzerland.

Blatter, yang memimpin FIFA selama 17 tahun, telah dibebaskan daripada tuduhan penipuan berkaitan pembayaran oleh Mahkamah Jenayah Persekutuan di bandar selatan, di sini.

Platini, bekas kapten dan pengurus pasukan kebangsaan Perancis, turut dibebaskan daripada tuduhan sama.

Kedua-duanya, yang pernah menjadi antara tokoh paling berkuasa dalam bola sepak global, berjaya melepaskan diri daripada tuduhan penipuan pembayaran berkenaan.

Sebelum keputusan penghakiman diumumkan mahkamah, kelihatan kedua-duanya ceria dan berjabat tangan dan mereka kelihatan lega apabila keputusan itu dibacakan.

Platini yang menzahirkan kegembiraannya selepas dibebaskan, berkata dakwaan itu telah mengubahnya daripada legenda bola sepak dunia kepada "syaitan".

"Saya ingin menyatakan kegembiraan saya untuk semua orang yang saya sayangi bahawa keadilan akhirnya dapat dibuktikanselepas tujuh tahun berdepan pembohongan dan manipulasi," kata Platini dalam satu kenyataan.

"Kebenaran telah terbongkar semasa perbicaraan ini.

"Saya terus berpendiriaan bahawa perjuangan saya adalah perjuangan menentang ketidakadilan.

"Saya memenangi perlawanan pertama." katanya.

Berdasarkan pendakwaan, Blatter seorang warga Switzerland yang mengetuai badan bola sepak global FIFA selama 17 tahun, dan Platini secara tidak sah mengatur supaya FIFA membayar dua juta franc Swiss (AS$2.06 juta) kepada lelaki Perancis itu pada 2011.

Rentetan pertuduhan dihadapinya itu, Blatter menamatkan perkhidmatan sebagai presiden FIFA dengan imej buruk dan ia memusnahkan harapan Platini untuk menggantikannya selepas dia turut digantung daripada bermain bola sepak apabila kedua-duanya dikatakan mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.

(Bekas presiden UEFA Michel Platini (C) meninggalkan Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland
selepas keputusan perbicaraannya berhubung pembayaran yang disyaki penipuan,
di bandar Bellinzona, selatan Switzerland/AFP)


Blatter, 86, berkata pembayaran dua juta franc itu adalah bayaran untuk Platini menjadi penasihat teknikalnya pada 1998.

Platini, 67, bekerja sebagai perunding antara 1998 dan 2002 dengan gaji tahunan 300,000 franc Swiss jumlah yang mampu dibayar oleh FIFA walaupunorganisasi itu menghadapi masalah kewangan pada masa itu, kata Blatter kepada mahkamah.

Selebihnya gaji satu juta setahun Platini akan diselesaikan kemudian, kata Blatter.

Hakim kanan, Josephine Contu Albrizio, berkata perjanjian lisan antara Blatter dan Platini kelihatan boleh dipercayai, begitu juga dengan pemain Perancis itu melihat nilai pasarannya pada 1 juta setahun kerana statusnya dalam permainan.

Ia juga kelihatan tidak munasabah bahawa Platini akan bekerja hanya berdasarkan kontrak bertulis yang membayarnya jumlah yang sedikit, hakim memberitahu mahkamah.

Ia juga boleh dipercayai bahawa Platini mencari wang tambahan hanya pada 2010 kerana dia tidak memerlukan wang itu dengan segera.

Pembayaran itu muncul berikutan siasatan yang dijalankan Jabatan Kehakiman AS ke atas rasuah, penipuan dan pengubahan wang haram dalam FIFA pada 2015, yang menjadi punca pelucutan jawatan Blatter.

Kedua-dua pegawai telah diharamkan pada 2015 daripada bermain bola sepak selama lapan tahun atas bayaran tersebut, walaupun larangan mereka kemudiannya dikurangkan.

Platini, yang juga kehilangan jawatannya sebagai presiden UEFA berikutan larangan itu, berkata hubungan itu adalah percubaan yang disengajakan untuk menghalang percubaannya menjadi presiden FIFA pada 2015.-REUTERS

Media Baharu