fb fb fb fb fb

'Prestasi dulu, gaji kemudian' – Chong Wei

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR, 21 April – Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengingatkan pemain muda agar membuktikan prestasi terlebih dahulu sebelum menuntut bayaran gaji yang tinggi daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut beliau, tiada masalah untuk pemain memohon ganjaran lumayan, asalkan ia seiring dengan pencapaian dan sumbangan mereka kepada skuad negara.

“Kalau sudah capai tahap tertentu dan ada pencapaian yang membanggakan, minta gaji tinggi itu tidak salah. Tapi kalau belum sampai tahap itu, janganlah ugut mahu keluar jadi pemain profesional semata-mata kerana permintaan tak ditunaikan,” tegasnya.

Beliau turut menyeru barisan kepimpinan baharu BAM supaya meneliti isu struktur gaji dengan lebih telus dan berhemah demi kemajuan jangka panjang badminton negara.

Dalam pada itu, Chong Wei turut menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, untuk beralih kepada karier profesional.

Katanya, Azizulhasni memiliki pengalaman dan disiplin yang tinggi serta diyakini mampu memburu pingat emas pada temasya sukan antarabangsa akan datang.

GRACE AISYAH KEDAYAN