fb fb fb fb fb

Azizulhasni fokus pecut berpasukan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang

KUALA LUMPUR, 21 April – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak akan bertanding dalam acara individu pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2025 yang akan berlangsung di Santiago, Chile pada Oktober depan.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Teknikal Skuad Kebangsaan, John Beasley, yang memaklumkan bahawa tumpuan Azizulhasni tahun ini adalah untuk acara pecut berpasukan (team sprint) sebagai sebahagian daripada strategi kelayakan ke temasya sukan utama akan datang.

“Dasar pemilihan kita sangat jelas – atlet perlu bersaing dalam kejohanan untuk mengumpul mata kelayakan UCI dan tempat mewakili negara akan ditentukan berdasarkan prestasi terbaik yang dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan,” katanya.

Beasley turut menegaskan bahawa tiada tempat automatik diberikan kepada mana-mana pelumba, termasuk Azizulhasni, walaupun status beliau sebagai pelumba berpengalaman dan ikon negara.

“Tahun ini Azizul tidak akan ambil bahagian dalam acara individu kerana beliau fokus sepenuhnya kepada acara team sprint,” tambahnya lagi.

Penyertaan dalam kejohanan dunia itu dilihat sebagai platform penting untuk meraih mata kelayakan bagi memastikan kehadiran kontinjen berbasikal negara di pentas Olimpik Paris 2024 serta temasya besar lain.

GRACE AISYAH KEDAYAN