(Foto twitter Fabio Quartararo)
PARIS, 13 Disember- Bintang MotoGP Perancis, Fabio Quartararo patah tangan kiri dalam kemalangan semasa latihan motocross.
“Semalam (Ahad) saya mengalami kemalangan semasa latihan motocross dan saya mengalami sedikit keretakan di tangan kiri,” juara dunia 2021 itu mengumumkan di media sosial.
"Tiada pembedahan diperlukan, masa untuk pulih," tambah Quartararo, 23 thaun.
Kemalangan berlaku kurang dua bulan selepas pelumba Perancis itu patah jari semasa terjatuh dalam sesi latihan bebas akhir sebelum Grand Prix Malaysia.
Pelumba Yamaha itu kehilangan gelaran juara dunia musim lalu selepas menduduki tempat kedua di belakang pelumba Itali, Francesco Bagnaia yang mewakili Ducati.
Musim MotoGP 2023 akan berlangsung pada 26 Mac dengan Grand Prix Portugal di Portimao.
Sebelum itu, pelumba akan menjalani ujian pramusim di Sepang, Malaysia. -AFP
(Bintang MotoGP, Quartararo cedera dalam kemalangan motocross/AFP)