fb fb fb fb fb

Kesihatan Pele bertambah baik

(Doktor juga mendiagnosis bekas bintang Brazil itu menghidap jangkitan pernafasan/AFP)

SAO PAULO, 13 Disember- Keadaan kesihatan legenda bola sepak, Pele semakin baik, tetapi belum ada tarikh ditetapkan untuknya keluar hospital, setelah dia dimasukkan hampir dua minggu lalu, kata doktor.

Pele, 82, yang dianggap ramai pemain bola sepak sebagai yang terhebat sepanjang zaman, dimasukkan ke hospital di Sao Paulo pada 29 November untuk menjalani penilaian semula rawatan kemoterapinya susulan pembedahan membuang tumor kolon pada September 2021.

Doktor juga mendiagnosis bekas bintang Brazil itu menghidap jangkitan pernafasan.

“Tiada tarikh ditetapkan untuk dia dibenar kuar hospital, (tetapi) keadaan klinikal pesakit terus bertambah baik, terutama jangkitan pernafasan,” menurut kenyataan hospital.

"Dia kekal di dalam bilik standard, sedar dan dengan tanda-tanda vital yang stabil," menurut kenyataan itu.

Anak perempuan Pele, Kely Nascimento dan Flavia Arantes telah berusaha untuk meyakinkan peminatnya tentang kesihatan bapa mereka; menafikan laporan bahawa bapanya telah ditempatkan dalam penjagaan akhir hayat (kritikal).

Nascimento, yang tinggal di Amerika Syarikat memuat naik dua gambar dari hospital di akaun Instagram, termasuk sebelah tangannya memegang tangan bapanya, dengan mesej: "Saya tiba."

Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento menjaringkan lebih 1,000 gol sepanjang kerjayanya. Dia adalah satu-satunya pemain dalam sejarah yang memenangi tiga Piala Dunia (1958, 1962 dan 1970).

Kesihatan "The King" merosot dalam dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan penampilannya di khalayak ramai semakin jarang. Tetapi dia tetap aktif di media sosial. -AFP

(Mural yang menggambarkan bekas juara dunia Brazil Pele (kiri) dan Garrincha (kanan)
di Tijuca,Rio de Janeiro, Brazil, pada 8 Disember 2022/AFP)

Media Baharu