fb fb fb fb fb

Masih bersedih kematian bayi: Ronaldo tidak beraksi menentang Liverpool

(Ronaldo tidak akan beraksi menentang Liverpool/FOTO AFP)


LONDON, 20 April- Cristiano Ronaldo akan terlepas aksi Liga Perdana Inggeris bersama Manchester United menentang Liverpool selepas bintang Portugal itu masih lagi bersedih di atas kematian bayi lelakinya yang baru dilahirkan.

Ronaldo mendedahkan berita itu di media sosial pada pagi Selasa, menerima sokongan yang mencurah-curah dari seluruh dunia bola sepak yang ditujukan kepadanya dan keluarga.

United mengesahkan pada hari ini bahawa Ronaldo tidak akan bermain dalam pertemuan penting pasukannya dengan musuh ketat Liverpool.

"Keluarga lebih penting daripada segala-galanya dan Ronaldo sedang memberi sokongan kepada orang tersayangnya pada masa yang amat sukar ini," kata kenyataan di laman web United.

"Oleh itu, kami boleh mengesahkan bahawa dia tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool di Anfield pagi ini dan kami menghormati permintaan keluarga untuk diberikan ruang.

"Cristiano, kami semua memikirkan anda dan menghantar kekuatan kepada keluarga anda."

Ronaldo dalam laman sosial Oktober lalu memaklumkan bahawa pasangannya sedang mengandungkan anak kembar.

Dalam catatan yang disiarkan di akaun Twitter penyerang Manchester United itu, mereka mengesahkan kelahiran seorang bayi perempuan.

(Pasangan selebriti ini pada Oktober lalu mengumumkan bahawa Rodriguez sedang hamil anak kembar/FOTO AFP)

(RONALDO (kiri) tidak akan beraksi menentang Liverpool/FOTO AFP)

Terdahulu, Ronaldo dan pasangannya Georgina Rodriguez mengumumkan bahawa bayi lelaki mereka yang baru lahir meninggal dunia.

Dalam catatan yang disiarkan di akaun Twitter penyerang Manchester United itu, mereka mengesahkan kelahiran seorang bayi perempuan.

"Dengan rasa dukacita kami terpaksa mengumumkan bahawa bayi lelaki kami meninggal dunia.

"Ia adalah kesakitan paling sakit yang boleh dirasai oleh mana-mana ibu bapa," kata Ronaldo dan Georgina dalam satu kenyataan.

"Hanya kelahiran bayi perempuan kami memberi kami kekuatan untuk menghadapi situasi ini dengan sedikit harapan dan kegembiraan.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas penjagaan dan sokongan mereka.

"Kami sangat sedih atas kehilangan ini dan kami memohon privasi pada masa yang sangat sukar ini."

Pasangan itu, yang berkenalan ketika Ronaldo di Real Madrid, mempunyai anak perempuan berusia empat tahun, manakala Ronaldo mempunyai tiga anak lain.

"Penderitaan anda penderitaan kami juga. Semoga anda dan keluarga tabah menghadapi situasi ini," kata Manchester United.-AFP

Media Baharu