fb fb fb fb fb

Beregu wanita mara ke separuh akhir Badminton Masters Indonesia

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah mara ke separuh selepas cemerlang menundukkan pilihan keempat dari Thailand, Jongkolphan Kiti tharakul-Rawinda Prajongjai dengan keputusan 21-11, 21-16.

Pasangan negara itu memerlukan 44 minit untuk mara sekaligus melebarkan rekod empat kemenangan berturut-turut ke atas lawan dari Thailand itu.

Pasangan ranking ke-10 dunia itu nyata turun dengan motivasi tinggi selepas tidak banyak berdepan masalah mengatasi lawan dalam aksi 'straight set'.

Pearly dan Thinaah bakal berdepan pilihan ketujuh kejohanan dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti di separuh akhir.

Beregu Indonesia itu terpaksa berhempas pulas sebelum menundukkan pilihan kedua kejohanan Lee So Hee-Shin Seung Chan dengan keputusan 15-21, 21-16, 21-16.

Pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tewas setelah ditundukkan oleh beregu China, Liang We Keng-Wang Chang dalam permainan tiga set, 16-21, 21-13 dan 21-17.

(Lee Zii Jia tewas kepada pemain tuan rumah, Anthony Ginting)

Perjuangan satu lagi pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin juga tamat di suku akhir selepas memberi tentangan sengit kepada beregu pilihan pertama kejohanan dari Indonesia Marcus Gideon-Kevin Sukamuljo dalam tiga set, 21-10, 11-21, 18-21.

Kecemerlangan Lee Zii Jia juga tamat di suku akhir apabila ditewaskan juga oleh pemain tuan rumah, Anthony Ginting 18-21, 21-16, 21-15.

Media Baharu