fb fb fb fb fb

Andreas Christensen ucap selamat tinggal kepada Stamford Bridge

LONDON, 11 Jun- Chelsea mengesahkan pemain pertahanan Andreas Christensen akan meninggalkan kelab itu apabila kontraknya tamat pada akhir Jun.

Pemain antarabangsa Denmark itu dijangka menyertai Barcelona selepas 10 tahun di Stamford Bridge.

Dia tidak bermain untuk The Blues sejak menarik diri daripada pemilihan pada pagi perlawanan akhir Piala FA menentang Liverpool, yang menyaksikan Chelsea tewas menerusi sepakan penalti.

Bekas pemain tengah Leicester Danny Drinkwater juga akan meninggalkan kelab Liga Perdana itu manakala pertukaran percuma Antonio Rudiger ke Real Madrid telah pun diumumkan.

Christensen, 26, menjaringkan dua gol dalam 161 penampilan bersama The Blues, memenangi beberapa trofi termasuk Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

"Kelab Bola Sepak Chelsea mengucapkan terima kasih kepada Andreas atas sumbangannya kepada kejayaan kami sedekad lalu dan mendoakan kejayaannya dalam karier masa depannya," kata satu kenyataan di laman web The Blues.- AFP

 


(Andreas Christensen dijangka menyertai Barcelona selepas 10 tahun bersama The Blues)
FOTO AFP

Media Baharu