fb fb fb fb fb

Beregu Asia 2024: SRAM pertaruh empat pasangan

Presiden SRAM, Gerard Monteiro/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 Jun-Persatuan Squash Malaysia (SRAM) mempertaruhkan 4 pasangan beregu negara untuk membawa cabaran ke Kejohanan Beregu Asia 2024 yang bakal berlangsung bermula 4 Julai nanti di Johor.

Beregu lelaki negara bakal menyaksikan Syafiq Kamal akan bergandingan bersama Ong Sai Hung manakala Hafiz Zhafri dan Duncan Lee.

Bagi beregu wanita pula, gandingan adik beradik Aifa Azman dan Aira Azman dan Chan Yiwen bersama Ainaa Amani.

Presidennya, Gerard Monteiro menegaskan kem Squash Negara dilihat berada pada tahap momentum tertinggi selepas berjaya mempertahankan gelaran juara berganda dalam Kejohanan Berpasukan Asia di China baru-baru ini.

"Jadi, sekarang kita ada sekumpulan pemain baharu yang akan buat terbaik bagi Malaysia dalam tempoh 5 tahun.

"China pun kini sudah menyertai Skuasy di Olimpik.Mereka turut melabur dalam sukan ini dan turut melantik Ong Beng Hee sebagai jurulatih", katanya di sini.

Kejohanan yang bakal berlangsung selama 4 hari di ARENA Emas, Skudai Johor itu menyaksikan 7 negara bakal mengambil bahagian iaitu Malaysia, Jepun, India, Hong Kong, Indonesia, Filipina dan Singapura.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD