fb fb fb fb fb

Benzema ledak hatrik benam Al-Okhdood 5-2

Penyerang Al-Ittihad, Karim Benzema /Foto REUTERS

RIYADH, 31 Ogos – Karim Benzema sekali lagi membuktikan sentuhan emasnya apabila meledak hatrik sempurna untuk membantu Al-Ittihad membelasah Al-Okhdood 5-2 dalam aksi pembukaan Liga Pro Saudi, awal pagi tadi.

Penyerang berusia 37 tahun itu membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 menerusi sepakan kaki kiri sebelum Steven Bergwijn menambah gol kedua tiga minit kemudian hasil sepakan percuma.

Tuan rumah cuba bangkit apabila Sebastian Pedroza menanduk masuk pada minit ke-27, namun percubaan Houssem Aouar yang terkena Saeed Al-Rubaie menghasilkan gol sendiri buat Al-Okhdood, sekali gus meletakkan Al-Ittihad kembali selesa.

Memasuki babak kedua, Benzema menanduk masuk hantaran lintang Fabinho pada minit ke-51 untuk gol kedua peribadinya sebelum Pedroza kembali mencatat nama buat gol kedua pasukan tuan rumah.

Namun, bekas pemenang Ballon d’Or itu melengkapkan hatrik sempurna dengan kaki kiri, tandukan dan kaki kanan – menerusi voli kemas di tiang dekat, sekali gus jadi juara bertahan dengan tiga mata penuh. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN